i love you infinity.i love you infinity.i love you infinity

Saturday 7 April 2012

pemikiran

tentang cinta yang datang perlahan
membuatku takut kehilangan
kutitipkan cahaya terang
tak padam didera goda dan masa


terkadang pemikiran aku tersasar jauh. bagai lirik lagu yang tertera. ye. takut kehilangan. mungkin kerana seringkali merasakannya. aku bukan mengharap sepenuhnya. kerana aku tahu. itu bukan kami. tapi di lubuk hati aku. aku sayang. sayang aku itu buat aku takut kehilangan. terkadang pancaindera ini terukir sayang itu menari riang antara kami. terkadang sayang itu turun mendadak terkunci rapat seolah ego merantai hati kami.

tapi yang nyata dan pasti sayang ini semakin menjalar dalam hati aku. perasaan takut kehilangan juga semakin menebal dalam diri ini. pergi jauh. perasaan negatif ini pergi jauh. aku tahu. si dia selalu ada temani aku. setiap hari. walau jauh. jadi 'takut kehilangan' tolong pergi dari fikiran aku. normal. memang itu perasaan normal. tapi aku tak mampu mengatakan tidak takut. bimbang kehilangan lagi. masih ada.

terkadang aku cemburu. dulu tidak semacam ini. dulu aku tidak memikirkan terlalu mendalam. tapi kini, aku lebih memikirkan. perasaan itu seringkali menyelinap di seluruh urat saraf aku. aku tahu dia perasan jiwa aku yang sering memberontak cemburu ini. aku juga tahu tak wajar aku bersikap keanak-anakan. bila dia menegur. aku cepat buang rasa itu. bimbang pertelingkahan berlaku. bimbang rasa janggal antara kami muncul.

sebolehnya aku tak mahu terjadi sedikit jurang pun antara kami. aku perasan. aku kini lebih prihatin tentang dia. rindu padanya setiap hari tak pernah padam. sebab itu aku takut kehilangan dia. ah! buang rasa itu. kalau dia untuk kau dia sentiasa ada. sebaliknya juga begitu. ye. aku takut yang sebaliknya itu. walau itu aku terpaksa terima jika terjadi. aku takut aku tidak sekuat sebelumnya. jangan terlalu mendalam wahai fikiran.

dia selalu ada. jangan takut wahai hati. jaga rasa sayang pada dia ini selamanya. ye. masih terus menjaga. jangan diganggu rasa sayang ini antara aku dan dia. jangan pernah diganggu. aku hanya sayang dia. noktah!

#jangan pergi jauh tinggalkan saya khairul nazmi.....







No comments:

Post a Comment